Hikmah Alawiyah
Image default
Galeri Sejarah Tokoh

Sultan Ulama Al Allamah Habib Salim bin Abdullah Asy Syathiri

Habib Salim bin Abdullah Asy Syathiri di lahirkan pada tahun 1359 H di kotaTarim, Hadramaut Yaman. Ayah beliau merupakan pendiri dan pembimbing utama Rubath Tarim pada masa tersebut yang melahirkan ramai para alim ulama dari segenap negara. Ayah beliau wafat semasa beliau masih kecil. Maka pendidikan agama dan segala tarbiyah beliau dibimbing dan diasuh oleh kebanyakan sahabat dan murid ayahnya, seperti :

1. Habib Alwi bin Abdullah bin Syihab
2. Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz
3. Syeikh Mahmudz bin Osman Az Zabidi
4. Habib Jufri bin Ahmad Alaidrus
5. Syeikh Fadhol bin Abdurrahman Ba Fadhol
6. HabiB Ja’far bin Ahmad Alaidrus dan lain-lain lagi.

Selepas mendalami ilmu agama dan menghafal Al-Qur’an di kota Tarim, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajiannya ke tanah suci kota Makkah pada tahun 1376 H. Beliau banyak berguru pada alim ulama disana, seperti Syed Alwi bin Abbas Al Maliki (tafsir hadist dan lain-lain), Syaikh Hasan Masyauth (Mustolah hadist), Musnid dunia Syaikh Muhammad Yasin bin Isa Al Fadani (Falak), Syaikh Hasan bin Saed Al Yamani dan ramai lagi.

Dan tempo menuntut ilmu itulah beliau sempat berguru lebih daripada 80 alim ulama di tanah Hijaz. Pada 1381 H beliau pulang ke kampung halamannya dan mula berdakwah di kawasan sekitar. Pada tahun itu juga beliau ke kota Aden sehingga 1396 H berkhidmat sebagai khotib dan pendakwah mengajar di masjid-masjid sekitar Aden di antara waktu magrib dan isya. Beliau juga menjadi tenaga pengajar bagi sekolah kerajaan dan diberi keizinan menjadi Khadim di majelis akad nikah.

Banyak ujian yang beliau lalui di dalam liku-liku berdakwah semenjak manusia mengenal Allah dan mencintai baginda Rasulullah SAW antaranya beliau pernah dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang sebaik sahaja keluar masjid selepas menunaikan sholat isya secara berjamaah.

Kecederaannya begitu parah sehingga memasuki hospital dalam beberapa waktu yang agak lama. Kejadian tersebut berlaku pada 1396 H/ 1967 M. Beliau juga pernah dijebloskan ke dalam penjara Seiwun selama 9 bulan setengah pada 1400 H/1981 M. Kemudian berpindah penjara ke Mukalla dan seterusnya di antar ke penjara di Aden, sehingga pada 1401 H/1982 M beliau di bebaskan.

Pada 1404 H beliau kembali sekali lagi ke tanah harom yaitu di Madinah Al Munawwarah, berkhidmah di Rubath Jufri yang pada awalnya diaskeskan oleh habib Abdrrahaman Al Jufri. Manakala Habib Zein bin Smith merupakan tenaga pengajar utama di Rubath tersebut sehingga kini.

Pada 1411 H beliau kembali sekali lagi ke kota Tarim. Suasana Tarim ketika itu agak merumitkan karena tidak menyenangkan para penjajah terhadap para pendakwah yang ada di kota Tarim dan akhirnya Rubath Tarim terpaksa ditutup pada 1400 H . Sehinggalah pulangnya Habib Salim bin Abdullah Asy Syathiri ke kota Tarim dan memulakan halaqoh pengajian di Rubath Tarim. Selepas kewafatan Habib Hasan bin Abdullah Asy Syathiri pada 2006, Habib Salim bin Abdullah Asy Syathiri sepenuhnya diberi mandat untuk membimbing dan mendidik para penuntut ilmu di Rubath Tarim sehingga sekarang.

Sumber:
Nasri, Irfan Nazhan Mohd. 2016. Tarim dan Sekitarnya, Kota Ahli Bayt dan 1001 Auliya. Hadramaut. PERMAYA.