Hikmah Alawiyah
Image default
Tokoh

Syaikh Fakhrul Wujud Abu Bakar bin Salim

Syaikh Fakhrul Wujud Abu Bakar bin Salim dilahirkan di kota Tarim, 13 Jumadil Akhir 919H. Beliau dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua orang tuanya dan mendapat ilmu dari ulama di zaman itu. Diantara guru utama beliau adalah Imam Umar bin Muhammad bin Ahmad Basyaiban, pengarang kitab Tiryaq. Syaikh Al Kabir Ma’ruf bin Abdullah Ba Jamal, Syaikh Umar bin Abdullah Bamakramah yang beliau sempat membacakan kitab Risalah Qusyairiyah. Syaikh Umar Bamakramah tidak akan mengajar seseorang kecuali beliau sudah mengetahui persiapan dan keadaan hati orang tersebut. Beliau membaca kitab Ihya ‘Ulumuddin secara tahqiq sebanyak 40 kali dan membaca kitab Minhaj Imam Nawawi sebanyak 3 kali sehingga sepanjang hidupnya hanya mengajar fiqh dan kitab Minhaj saja.

Amal dan Mujahadahnya

Beliau sering mengasingkan diri dari manusia dengan berzikir dan menempuh jalan mujahadah yang tinggi. Beliau pernah berpuasa selama 90 hari dan hanya berbuka dengan buah kurma yang diambil dari kebun ayahnya di daerah Lisik, serta menghidupkan malam dengan amal ibadah. Beliau menunaikan shalat subuh dengan wudhu shalat isya selama 40 tahun. Beliau berjalan kaki dari kota Inat ke kota Tarim pada malam hari untuk berziarah ke pemakaman Zanbal. Beliau menunaikan shalat di masjid-masjid yang dilewati dan beliau mengisi air-air di setiap masjid untuk digunakan oleh orang banyak. Beliau lakukan semua itu selama 40 tahun. Beliau duduk di dalam majelis atau pengajian dengan posisi duduk tawarruk (tahiyyat akhir) selama 15 tahun. Pada akhir usianya, beliau tidak pernah meninggalkan shalat dhuha sebanyak 8 rakaat dan shalat witr sebanyak 11 rakaat.

Kota Inat yang dibuka dan diduduki oleh kabilah Al Kathiri pada tahun 629H, pada awalnya tidak begitu dikenali masyarakat. Datang Syaikh Abu Bakar bin Salim dan membuat kota tersebut melimpah keturunannya dan menjadi pusat ilmu dan perhatian masyarakat.

Setiap dikunjungi tamu, beliau menyembelih satu atau dua ekor unta untuk dihidangkan kepada mereka. Setiap hari beliau memberi sedekah 1000 roti. Beliau merupakan salah seorang dari kalangan ulama Sadah Baalawi yang gemar membicarakan ilmu hakikat serta kalam yang tinggi. Beliau berziarah ke makam Nabi Hud a.s sebanyak 40 kali semasa hidupnya.

Karya beliau antara lain: Mi’rajul Arwah Ilal Manhajil Wadhdhah, Fathu Babil Mawahib, Bughyatul Matlabu Tholib, Ma’rijut Tauhid, Miftah As Saroir Wa Kanzu Dzakhair.

Syaikh Abu Bakar bin Salim wafat pada malam minggu 27 Dzulhijjah tahun 962H di kota Inat dan dimakamkan di kota Inat.

Sumber:
Nasri, Irfan Nazhan Mohd. 2016. Tarim dan Sekitarnya, Kota Ahli Bayt dan 1001 Auliya. Hadramaut. PERMAYA.